Surau As-Syakirin SMKSP

Pages

  • Home
  • Pengenalan
  • Piagam
  • Panorama
  • SOLAT
  • Aktiviti Surau
  • Slide PowerPoint

.

.

Saturday, 16 January 2016

Ceramah Maulidur Rasul


Posted by SMK SERI PERMAISURI at Saturday, January 16, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

WAKTU SOLAT

Salat times for KUALA LUMPUR, MALAYSIA. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

.

.

Blog Archive

  • ►  2018 (12)
    • ►  August (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (7)
  • ▼  2016 (2)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (1)
      • Ceramah Maulidur Rasul
  • ►  2015 (4)
    • ►  September (4)

Pautan luar

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Majlis Agama Wilayah Persekutuan
Sektor Pendidikan ISlam JPWP
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
RAUDHAH X

Chat


Chat Software

Tazkirah



☆Tadabbur Kalamullah 24 Syawal 1439H☆ بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ "(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim" [Surah al-Ankabut 49] #Tempat yang paling aman dan selamat untuk memelihara dan menjaga al-Quran ialah pada hati-hati seluruh umat Islam iaitu dengan cara menghafaznya, memahaminya dan mengamalkannya. Musuh tidak mampu untuk sampai kepadanya. Ia selamat untuk selama-lamanya. #Sebagaimana yang diketahui, pelbagai cubaan dan usaha yang terancang dan berpanjangan daripada musuh-musuh Islam untuk menghapuskan Islam dengan cara memusnahkan al-Quran. Sekalipun diperangi habis-habisan dan dibakar kitab suci al-Quran, namun mereka tetap gagal kerana al-Quran tetap kekal di dalam dada umat Islam dan dipindahkan daripada seseorang kepada seseorang yang lain dengan cara talaqqi. إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" [Surah al-Hijr 9] #Golongan ahlul Quran adalah manusia yang mulia dan memiliki kedudukan istimewa disisi Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman. Maka tersangat wajar kita memuliakan mereka, bukannya bermusuh dengan mereka. #Berkata seorang Tabien yang terkemuka, Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah: "Penghafaz al-Quran merupakan pembawa panji Islam". (Ihya' Ulumuddin) #Berkata Imam Syihabuddin Ahmad bin al-Khatib al-Qasthalani: "Ahlul Quran ialah mereka yang menghafaz al-Quran, yang beramal dengannya. Merekalah Aulia Allah yang diberi keistimewaan dengan al-Quran dan kemuliaan antara manusia. Bukanlah daripada ahlul Quran sesiapa yang menghafaz lafaznya namun mensia-siakan perundangannya". #Bahkan orang yang bersama al-Quran sentiasa ditemani oleh para malaikat. Daripada Sayidatina Aisyah r. anha, Nabi saw bersabda: مَثَلُ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَهْوَ حَافِظٌ لَهُ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ "Orang yang membaca dan menghafal al-Quran, dia bersama para malaikat yang mulia..." (HR al-Bukhari) #Di hari akhirat, golongan ahlul Quran ini diberikan mahkota dan pakaian kemuliaan. Nabi saw bersabda: يَجِىءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ حَلِّهِ فَيُلْبَسُ تَاجَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ زِدْهُ فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ فَيَرْضَى عَنْهُ فَيُقَالُ لَهُ اقْرَأْ وَارْقَ وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً "Al-Quran akan datang pada hari kiamat, lalu dia berkata: “Ya Allah, berikan dia perhiasan.” Lalu Allah berikan seorang hafiz al-Quran mahkota kemuliaan. Al-Quran meminta lagi: “Ya Allah, tambahkan untuknya.” Lalu dia diberi pakaian perhiasan kemuliaan. Kemudian dia minta lagi: “Ya Allah, redhailah dia.” Allah pun meredhainya. Lalu dikatakan kepada hafiz al-Quran, “Bacalah dan naiklah (ke kedudukan yang lebih atas di syurga), akan ditambahkan untukmu pahala dari setiap ayat yang kamu baca" (HR at-Tirmizi. Hasan sahih). ♡Kekuatan umat Islam terletak pada al-Quran. Maka menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mempertahankan agama Islam ini dengan mempertahankan al-Quran dan ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda Nabi saw. Muliakan ahlul Quran, jangan sesekali menghina, mengeji, membenci dan memusuhi penghafaz dan pejuang al-Quran. Jangan sampai kita dihina dan dimusuhi oleh Allah swt♡ .

Contributors

  • ADMIN 2
  • SMK SERI PERMAISURI
Picture Window theme. Theme images by konradlew. Powered by Blogger.